All for Joomla All for Webmasters

Maklumat Syarikat

 Latar Belakang

AL-MESWAK MU’MIN SDN. BHD. (560455 m) ialah sebuah syarikat yang dimiliki penuh oleh Bumiputera dan ditubuhkan pada tahun 2001 di Malaysia. Kami yakin Malaysia adalah sumber & landasan yang kukuh untuk menjadi industri halal global yang gemilang. Sebagai satu-satunya syarikat Bumiputera di dalam segmen Penjagaan Diri, MU’MIN bertekad untuk menjadikan Mu’min sebagai “National Brand” dan menjadikan produk penjagaan diri pilihan rakyat Malaysia.

Prinsip

Kami amat tegas dalam memastikan proses pengilangan mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta berpandukan hukum syarak. Kami mempunyai Perunding Syariah di dalam Syarikat yang bertugas memastikan proses pengilangan mengikut hukum Syarak. Kami juga telah mengambil inisiatif menjemput Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk memantau segala proses pengilangan bagi mengelakkan keraguan pengguna terhadap produk kami. Kami menjamin bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk-produk kami tidak mengandungi bahan yang was-was dan haram seperti yang berpunca dari sumber haiwan, alkohol serta yang membahayakan kesihatan. Kami juga sentiasa menjaga keperluan & kepentingan pengguna yang menggunakan produk keluaran syarikat kami dengan memastikan ianya sentiasa ‘Halalan Toyyiban’ (Bersih, selamat dan berkualiti).

Visi

MU’MIN sebagai satu jenama tempatan (National Brand) yang terkemuka di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Syarikat Al-Meswak Mu’min Sdn. Bhd. menjadi pengeluar utama & Terbesar bagi produk penjagaan di peringkat antarabangsa dengan produk yang terbaik

Misi

  • Menerajui inovasi dan pengeluaran produk penjagaan diri yang halal dan berkualiti.
  • Membantu dan memudahkan umat Islam dalam memilih serta menggunakan produk halal dan berkualiti

Muat turun : [pdf_attachment file=”1″ name=”Profil Syarikat- Al-Meswak Mu’min Sdn. Bhd.”]