All for Joomla All for Webmasters

Mu’min B*Sugi

banner-b-sugi2

“Kini Bersugi Lebih Mudah”

Bersugi telah diamalkan sejak sekian lama daripada tamadun-tamadun agung seperti Rom, Yahudi dan Mesir sebagai satu cara untuk kebersihan diri dan kesihatan. Disamping menyihatkan gigi, gusi dan mulut, umat Islam digalakkan untuk bersugi bagi kesempurnaan ibadat. Beberapa hadis yang menekankan kepentingan bersugi adalah termasuk:

Sabda Rasulullah SAW, Daripada Abu Hurairah RA, “Sekiranya tidak membebankan umatku, akan aku wajibkan mereka bersugi setiap kali berwuduk”
-Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Imam Ahmad

Rasulullah SAW Bersabda:
“Barangsiapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnahku sehingga para manusia mengamalkannya, maka dia akan mendapat pahala seperti pahala yang mengamalkannya, tidak langsung berkurang walau sedikitpun pahala mereka”
-Hadis Riwayat Ibnu Majah

Daripada Aishah, “Bersugi Itu Menyucikan Bagi Mulut, Meredhakan Bagi Tuhan Dan Menerangkan Bagi Mata”
– Hadis Riwayat Tabarani dan Imam Bukhari

Solat dengan bersugi itu lebih afdhal daripada 70 solat dengan tanpa bersugi – Hadis Riwayat Imam Ahmad

Kebaikan Kayu Sugi

Kebaikan kayu sugi telah terbukti samada secara saintifik mahupun tradisi bagi menjaga kebersihan dan kesihatan gusi dan gigi. Sejak turun-temurun, kayu sugi digunakan oleh para muslimin & muslimat untuk bersugi.

Kajian perubatan kayu sugi telah menunjukkan kelebihannya boleh dibandingkan dengan agen-agen anti-plak dan penyahjangkit mulut sekiranya digunakan di dalam konsentrasi yang tinggi. Disamping menguatkan gusi, mengelakkan kereputan gigi dan mengurangkan sakit gigi, kayu sugi juga dikatakan mengelakkan nafas berbau.

Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) juga telah mengiktiraf faedah-faedah kayu sugi serta menggalakkan penggunaannya.

Menurut Al-Mawardi di dalam kitab Al-Hawi, bersugi disunatkan pada setiap masa dan amat dituntut pada keadaan-keadaan berikut:

1. Sebelum berwuduk
2. Sebelum bersolat
3. Sebelum membaca Al-Quran
4. Ketika berubah bau mulut

Mu’min B*Sugi adalah produk baharu yang terdiri daripada gel konsentrasi dengan lebih 90% ekstrak Kayu Sugi asli yang dihasilkan dengan teknologi dan inovasi terkini. Mu’min B*Sugi adalah produk pertama di dunia yang boleh digunakan sebagai alternatif untuk menggantikan penggunaan kayu sugi bagi memudahkan umat Islam bersugi. Kebaikan dan khasiat Mu’min B*Sugi yang lain adalah termasuk:

· Mengelakkan pereputan gigi
· Menguatkan gusi
· Menghindari bau nafas
· Menyegarkan mulut
· Membersihkan gigi dan mulut

Mu’min B*Sugi adalah dijual di dalam pembungkusan 15ml dan 40ml yang mudah dibawa ke mana-mana dan digunakan pada bila-bila masa. Satu lagi produk bermutu daripada Al-Meswak Mu’min Sdn. Bhd., Mu’min B*Sugi selamat jika tertelan.

Untuk menggalakkan penggunaan, produk-produk tersebut dijual dengan harga pengenalan khas iaitu RM 2.29 untuk satu tiub 40ml dan RM 0.99 untuk satu pek 15ml di kedai-kedai dan pasaraya-pasaraya yang berdekatan.

Sebelum bersugi, mulakanlah dengan niat untuk mengikut sunnah, moga ianya beroleh fadhilat dan pahala. Jadikan bersugi sebagai amalan harian kita mengikut Sunnah Rasulullah SAW.

Cara Penggunaan

  1. Picitkan Mu’min B*Sugi pada hujung jari.
  2. Sapukan pada gigi dan gusi dengan menyeluruh.
  3. Kumur dan mulakan wudhu seperti biasa.


Sekiranya menggunakan MU’MIN B*Sugi ketika waktu biasa bukan sebelum wudhu’ pengguna boleh membiarkannya tanpa berkumur. MU’MIN B*Sugi akan menyerap dan memberikan kesegaran kepada mulut

Penggunaan Mu’min B*Sugi secara berterusan memberikan pelbagai kebaikan, antaranya membantu mengelakkan kereputan gigi, menguatkan gusi serta menghindari nafas berbau. Guna dengan penuh keyakinan.